Saturday, July 16, 2011

Pembuka Bicara


Assalamualaikum WBT..
Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang masih meminjamkan kita nikmat usia.Semoga dengan nikmat umur yang Allah kurniakan ini menjadikan kita hamba Allah yang sentiasa berusaha meningkatkan prestasi keimanan agar memperoleh keredhaan Allah di dunia dan di akhirat.

Ana mengucapkan Jazakumullahu khairan kathira kepada pengunjung-pengunjung blog ini yang masih sudi menziarahi walaupun hampir setahun ana tidak mengupdatenya.InsyaAllah,dengan izin Allah ana akan cuba meluangkan masa untuk mengemas kini blog dan menyampaikan input-input terbaik buat tatapan semua.Ianya tidak lain dan tidak bukan hanyalah semata-mata untuk menyampaikan risalah dakwah melalui wasilah penulisan.Semoga Allah mempermudahkan usaha ana untuk mencapai matlamat tersebut insyaAllah.

Buat akhirnya,terima kasih buat semua yang memberi sokongan.Kita semakin menghampiri bulan Ramadhan.Lakukanlah persediaan yang terbaik untuk menempuh bulan yang mulia ini.Semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik yang pernah kita lalui.

Assalamualaikum WBT..

1 comments:

Anonymous,  May 9, 2013, 10:00:00 PM  

sanAssalamualaikum,
Mohd Asshik,
Boleh beri alamat emel pada saya. Saya ada HAJAT nak sampaikan.

Mohd Anuar Ismail
Kedah, Malaysia
Emel: kbm5865@yahoo.com

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP