Monday, April 19, 2010

:: Hukum Menggunakan Inhaler Ketika Berpuasa ::

Soalan :
"Di beberapa farmasi ada inhaler yang digunakan oleh sebahagian pengidap athma. Adakah orang yang berpuasa boleh menggunakannya di siang hari Ramadhan?"

Dijawab oleh Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin;


Menggunakan inhaler bagi yang berpuasa hukumnya boleh, sama ada ianya puasa Ramadhan ataupun yang lainnya. Kerana inhaler itu tidak sampai ke perut tapi hanya berfungsi melegakan saluran pernafasan dan penggunaannya pun hanya dengan bernafas seperti biasa. Jadi hal ini tidak seperti makan dan minum.

Sebagaimana diketahui, bahawa hukum asal puasanya adalah sah sampai ada dalil yang menunjukkan rosaknya puasa, baik dari Al-Kitab, As-Sunnah, Ijma’ ataupun Qiyas yang Sahih.

[Fadha’il Ramadhan, disusun oleh Abdurrazaq Hasan, Soalan no. 1]

[Disalin dari bukuAl-Fatawa Asy-Syar’iyyah Fi Al-Masa’il Al-Ashriyyah Min Fatawa Ulama Al-Balad Al-Haram, edisi Indonesia Fatwa-Fatwa Terkini, Penerbit Darul Haq]

Sumber :Disunting dan dialihbahasa dari http://www.almanhaj.or.id

3 comments:

syimir May 4, 2010, 3:21:00 AM  

ye ke....dulu kenapa x bagitau emei ..... buat penat je tahan sakit

asshik May 11, 2010, 12:23:00 AM  

angah mana tahu kamu nak guna pam lelah masa berpuasa...sory...

Riduan Jul 25, 2010, 2:17:00 PM  

Salam, Artikal anda sangat membantu. Tetapi jika anda tinggak di Selangor, fatwanya berbeza. Sila rujuk di http://soaljawab.jais.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=263&Itemid=85

>>Soalan :

Apakah hukum menggunakan 'inhaler' (bagi yang berpenyakit asma) semasa berpuasa?.

Jawapan :

Menggunakan 'inhaler' semasa berpuasa boleh membatalkan puasa. Dalam hal ini perlu dilihat orang yang berpenyakit asma yang kehidupan hariannya sepanjang hayat hanya bergantung kepada penggunaan 'inhaler (tidak boleh tidak) maka gugurlah kewajipan berpuasa ke atas dirinya dan dia hanya diwajibkan membayar fidyah iaitu secupak beras untuk setiap hari yang ditinggalkan.

Tetapi jika penggunaan 'inhaler' hanya pada waktu ia memerlukan sahaja (keadaan kritikal) dan kebetulan semasa itu ia berpuasa, puasa tersebut dihukumkan terbatal dan ia wajib menqqada' semula puasa tersebut.>>

  © Free Blogger Templates Blogger Theme II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP